Cara penyediaan
- Cuci Rumpai Laut Kering (anggaran 100gm), ramas-ramas seperti mencuci beras sebanyak 5-6 kali (Boleh juga di ramas-ramas dengan asam keping dan garam)
- Rendam rumpai laut kering (RLK) yang telah siap di cuci semalaman@6 jam bagi memastikan khasiatnya kekal.
- Setelah itu, ambil RLK yang sudah kembang dan cuci 3-4 kali lagi dan toskan **JANGAN DIBUANG air rendaman RLK**
- Campur RLK yang telah kembang dengan 1.5liter ke 2 liter air kosong dan daun pandan untuk di rebus.
- Rebus dengan api perlahan. Kacau sekali-sekala dan masak hingga RLK hancur. ** atau dlm 40minit. JANGAN dimasak terlalu lama takut menghilangkan khasiatnya**
- Sejukkan dan tapis Kalogen tadi. Anda akan dapat air kalogen dan sisa/serat tapisan jika masih ada.
- Simpan kedua-duanya dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk
- Sedia untuk di gunakan sebagai minuman, tambahan koktail, masker muka/kaki dan lulur mandi.
Nota :
- Asam keping dan garam - menghilangkan hablur garam dan hanyir pada rumpai laut
- Daun pandan - menghilangkan bau hanyir rumpai laut semasa merebus dan menambahkan aroma pada rumpai laut
- Kalau Kalogen RLK ni di gunakan hanya untuk makan / minum, semasa merebus tu boleh lah masukkan madu/gula/ginseng.
- Air rendaman Kalogen RLK :
- Di gunakan untuk rendaman kaki dan kulit kepala serta rambut. Maklumat lanjut klik kat atau terus link ke
- Air Tapisan Kalogen RLK (akan bertukar menjadi jeli) :
- Boleh di minum atau di jadikan makanan..saya kongsi beberapa resepi yang boleh di buat menggunakan jeli rumpai laut ni ya!Di ambil 3 sudu makan setiap hari bersama-sama air suam@jus buah-buahan@makan begitu sahaja. Sebaik-baiknya di ambil semasa perut kosong.
- Pagi-sebelum sarapan
- Malam -sebelum tidur
CARA PENYIMPANAN RUMPAI LAUT
- Stok berlebihan anda hendaklah di simpan dalam bekas kedap udara supaya tak terdedah pd udara luar yg mempercepatkan proses pengeringan melampau juga keluarnya kristal garam dgn byk.
- Jangan risau kristal garam boleh bt warna pudar tapi tak rosak selagi tak kena/rendam dlm air.
- Satu cara lg yg mudah ..kembangkan semua yg ada, toskan air, masukkan ke kontainer dan simpan d ruang beku/frozen dlm had penggunaan setiap bekas...klu hendak guna keluarkan dn cairkan dan rendam semula d air..ia segar balik mcm biasa walaupun nampak kecut..
- Cara membekukannya yg sudah dikembang lebih baik dari d simpan secara kering..sbb proses pengeluaran kristal garam tak berlaku.
No comments:
Post a Comment